Teruk kena kritik dengan warganet, tak sangka rupanya Hisyam Hamid patut jadi penyampai trofi selebriti feminin terhangat

Advertisements
Advertisements

HANTARAN pelakon Hisyam Hamid di laman Threads mengundang pelbagai reaksi ramai apabila mendakwa dia sepatutnya menjadi penyampai bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat yang berlangsung pada malam Ahad.  Hisyam atau Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, bagaimanapun terkejut selepas diminta untuk menjadi penyampai anugerah bagi kategori yang pertama pada saat-saat akhir di acara tersebut. 

“Sampai-sampai saja ‘Hisyam jom terus ke backstage’. Tak tahu pula kena sampaikan anugerah pertama. Tiba-tiba gementar,” tulisnya.  Dalam perkongsian itu juga, pelakon filem Memori ini turut berkongsi mesej dipercayai daripada pihak produksi yang memberi butiran mengenai komitmen yang perlu dilakukan.  Melihat kepada butiran yang dihantar dan dimuat naik aktor itu, mesej tersebut menunjukkan Hisyam sepatutnya menjadi individu yang menyampaikan anugerah bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat. 

Pun begitu, Hisyam dipercayai telah memadam hantaran tersebut namun warganet sempat membuat tangkap layar dan menyelar tindakan program hiburan itu kerana seakan-akan mahu membuli pelakon Bella Astillah. “Sepatutnya Hisyam yang sampaikan anugerah itu tetapi Melodi tukar pada minit terakhir kepada Bella.” “Jahat tak jahat mereka ini, jadi kepada semua gunakan kuasa viral.” “Terima kasih kepada Hisyam walaupun dah padam hantaran tersebut tetapi ada yang sempat screenshot,” tulis warganet.

Pada Ahad, Bella menjadi penyampai trofi bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat yang dimenangi oleh pelakon Sophia Albarakbah.  Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dilihat kurang selesa ketika mengumumkan pemenang kategori itu sehingga tidak bersalaman mahupun memandang wajah Sofia ketika menyerahkan trofi di atas pentas. Sebelum ini, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa aktres berkenaan menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan penyanyi Aliff Aziz sekitar Januari 2023.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.