PEMPENGARUH media sosial, Siti Jamumall hanya mampu berserah kepada takdir sekiranya diberikan peluang untuk kembali bersama suaminya Aiman Tak Kesah. Tidak mahu toleh ke belakang, Siti Jamumall atau Situ Suriani Wahiddin, 26, berkata dia tidak mampu memberikan jawapan untuk kembali bersama. “Saya punya kefahaman berbeza sebab bila pergi kursus kahwin saya ada belajar.
Tapi apa yang dikatakan oleh Aiman tentang ada harapan, bagi saya doa sajalah yang baik-baik,” katanya. Siti berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada petang Rabu selepas prosiding perceraian kali keduanya. Menurut Siti, fokusnya kini hanya mahu meneruskan kehidupan baharu bersama anak yang bakal dilahirkan.
Ditanya mengenai suaminya, Siti mengakui sudah memaafkan dan terbuka untuk membuka lebaran baru dalam rumah tangga. “Fokus saya sekarang adalah anak dalam kandungan. Saya nak pastikan anak ini dilahirkan dengan selamat serta dibesarkan dengan baik. Saya tidak jahat dan mudah memaafkan. Apa yang berlaku sudah berlalu dan akan datang ini kalau ada peluang kita akan bincangkan semula cuma (proses) agak panjang sikit,” ujarnya.
Ditanya mengenai perubahan sikap yang ditunjukkan oleh suaminya itu, Siti bagaimanapun menzahirkan rasa syukur dan berharap dia belajar daripada kesilapan lalu. “Cuba perbaiki mana boleh kerana saya sendiri akan baiki kesilapan serta perkara yang saya buat kurang elok. Alhamdulilah itu saja jawapan saya, syukur,” katanya.
Terdahulu mahkamah menetapkan 22 September depan bagi memutuskan sama ada lafaz cerai ketika siaran langsung TikTok yang melibatkan pasangan ini jatuh sebagai talak dua atau tiga. Sementara itu, Siti menyifatkan isu perceraian sebagai satu hikmah pengajaran terbesar dalam hidupnya. Untuk rekod Siti Jamumall menjadi perhatian ramai apabila suaminya iaitu Aiman Tak Kesah melafazkan cerai talak dua di hadapan keluarga Siti serta ribuan penonton yang sedang menonton siaran tersebut secara langsung.
Siti dan Aiman berkahwin di Satun Thailand pada awal Jun 2024 dan sebelum ini Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai tiga tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.