Penyanyi dan pelakon Amira Othman berkongsi pandangannya mengenai soal jodoh menerusi podcast What’s Nex(t) di TikTok baru-baru ini. Ketika hos iaitu penyampai radio Radin bertanya mengenai status bakal suami pilihannya, Amira menjelaskan bahawa status bukanlah keutamaannya dalam memilih pasangan, asalkan lelaki tersebut bukan suami orang. Klik sini untuk lihat video.

“Pada saya status tu tak penting, asalkan lelaki itu bukan suami orang” Bagaimanapun, Amira menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai pilihan masing-masing dan tiada salahnya jika ada yang mengutamakan status. “Ia bergantung juga pada kesesuaian seseorang. Ada sesetengah orang rasa benda (status) tu penting. Pada saya itu bergantung pada pilihan masing-masing, sebab tiada kesalahan pun apa yang korang pilih.
Asalkan sendiri tahu bagaimana keadaan dan situasi itu. Kalau rasa boleh, teruskan saja.” Sementara itu, apabila ditanya mengenai ciri-ciri calon suami idaman, Amira menjawab dia mahu pasangan yang memiliki sifat sabar. “Saya mencari seorang lelaki yang penyabar.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.