Suami kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu Ubai MZ, mengimbas kembali kenangan ketika bergelut dengan masalah kewangan bersama arwah ibunya dan adik-beradik pada suatu ketika dahulu. Menerusi perkongsian di Threads, Ubai, 27, mendedahkan dia pernah memotong burger kepada cebisan kecil dan membahagikannya sama rata kepada ahli keluarganya demi mengisi perut. “Pernah makan burger tepi jalan. Kami potong empat dengan arwah mak dan tiga adik-beradik yang lain. Sorang akan dapat satu potong.”

Ubai berkongsi kisah itu selepas seorang individu bertanya tentang pengalaman susah yang pernah dilalui oleh orang ramai. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mengambil kesempatan berkongsi kisah mereka ketika berdepan dengan cabaran kewangan.


Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.