Dah jadi makin berani, Shahida luah rasa sebak bila kenang semula perjalanan Ammar Ahyan

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Shukri iaitu Datin Seri Shahida meluahkan rasa sebak apabila mengenang semula perjalanan putera sulungnya, Ammar Ahyan yang semakin membesar. Menerusi perkongsian di Instagram, Shahida bersyukur dengan perancangan dan kehendak Tuhan kerana melihat anak lelakinya itu sudah banyak berubah menjadi lebih berani tidak seperti sebelumnya. Klik sini untuk lihat video.

“Sejujurnya sebak dan gembira melihat anak membesar, dulu masa Ammar kecil saya selalu terfikir macam mana dia nak kedepan. Dia tak suka kamera, tak nak kedepan tapi siapalah kita menidakkan percaturan Allah,” kata Shahida di Instagram, hari ini. Dalam pada itu, Shahida meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Ammar yang menjadi kegilaan ramai dan lebih yakin untuk bertemu bersama masyarakat.

“Rahsia Allah yang kita tak tahu, budak introvert yang selalu kena bising ni akhirnya boleh ke depan. Mama bangga lah dengan Ammar walaupun Ammar kayu,” jelasnya. Menjengah ke ruangan komen, warganet gembira melihat Ammar yang dikatakan mudah didekati dan ada juga yang memujinya sebagai seorang anak yang soleh. Malah ada juga wargamaya mendoakan putera sulung mereka itu terus sukses tidak kira melalui apa jenis bidang sekalipun.

Sebelum ini, Shahida meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya Ammar Ahyan, 17, bakal melanjutkan pengajian di sebuah universiti swasta di Subang Jaya. Difahamkan, Ammar akan mengikuti program asasi selama setahun dan akan berangkat ke United Kingdom bagi melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi di institusi luar negara.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.