Dah bersedia bergelar isteri Fattah Amin, Amira Othman luah rasa syukur bakal menamatkan zaman bujang

Advertisements
Advertisements

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman meluahkan rasa syukur bakal menamatkan zaman bujang bersama lelaki pilihannya yang juga aktor, Fattah Amin. Menurut Amira, dirinya kini sedang menyiapkan persiapan menuju ke hari bahagianya bersama bakal suami yang juga aktor, Fattah Amin. “Alhamdulillah, ketika ini masih sedang menyiapkan persiapan. Semoga semuanya berjalan lancar dan kami mohon doa daripada kalian semua. Agar semua yang baik-baik dan mungkin ini juga adalah salah satulah sebab daripada doa-doa kalian semua. 

Bagi saya, tidak adil untuk kita letakkan drama sebagai satu halangan untuk kita meneruskan ke fasa seterusnya. Kita kena percayakan takdir sebab itu ada lagu Rasa dan Takdir ini sebab saya percaya Allah itu sebaik-baik perancang dan urusan timing itu pun memang Dia yang susun,” katanya. Mengulas lanjut, Amira berkata dirinya sentiasa berusaha memperbaiki diri agar lebih bersedia untuk perjalanan hidup selepas ini.

“Jadi kalau saya nak melangkah ke fasa seterusnya, saya kena bertawakal dan of course saya kena usaha jadi yang terbaik version dan special of diri saya, supaya semuanya yang baik-baik saja. Saya percaya of course ada akan ada ujian, ada turun dan naik. Tapi itulah perjalanan perkahwinan itu adalah matlamatnya ingin ke syurga,” tambahnya. Desas-desus mengenai status hubungan pelakon popular, Fattah Amin akhirnya terjawab apabila dia dan penyanyi Amira Othman mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 14 September depan.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.