Teka-teki mengenai hubungan penyanyi dan pelakon, Amira Othman bersama aktor, Fattah Amin akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengesahkan hubungan mereka secara rasmi. Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.

Ketika Amira, 32, dan Irfan sedang membuat persembahan, suasana dewan bertukar meriah apabila bintang filem Pendekar Awang itu muncul dari belakang dewan dan berjalan menuju pentas. Di penghujung persembahan, Irfan menyerahkan simbolik ‘kunci’ kepada Fattah sebelum aktor itu mengambil alih mikrofon untuk membuat pengumuman rasmi mengenai hubungan mereka.

Selepas meluahkan hasratnya, Fattah kemudian menyerahkan kembali simbolik ‘kunci’ kepada Amira sebagai lambang ikatan mereka yang baru terjalin. Acara tersebut turut disaksikan oleh ibu bapa Amira iaitu Othman Abdul Kadir, 62, dan Nora Arshad, 58. Pasangan berkenaan dilaporkan berlalu pergi sebaik sahaja acara selesai. Pasangan itu turut mengumumkan bakal mendirikan rumahtangga pada 14 September nanti bersempena ulang tahun kelahiran Fattah.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa Fattah bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat. Khabar tersebut didedahkan oleh seorang pengguna Threads, Kimchikims_, yang mendakwa dia mendapat maklumat itu daripada sumber boleh dipercayai. Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia 4 tahun. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.