Fara Salleh berharap proses cerai selesai, pernikahan dengan Shuk Sahar di Thailand dah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Segamat

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memaklumkan bahawa status pernikahannya telah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor pada pagi Rabu. Memetik laporan, Fara menjelaskan suaminya itu tidak hadir ke mahkamah hanya sekadar menghatar peguam sebagai wakil untuk menyelesaikan segala urusan. “Dia (Shuk) tak datang tapi wakilkan peguam sebab itu lambat nak selesai. Hakim terima wakil tersebut sebab saya memang nak urusan kami ini selesai segera.

Lebih mudah kalau dia beri kerjasama daripada awal,” kata Fara, baru-baru ini. Selain itu, Fara turut memberitahu sekiranya mahu berpisah dirinya perlu mempunyai sijil pernikahan yang sah sebelum meneruskan proses tersebut. Tambah Fara, dia berharap urusan melibatkan mereka berdua dapat diselesaikan segera dan enggan membiarkan kemelut itu terus berpanjangan. Malah ibu kepada seorang cahaya mata itu juga tidak mahu namanya terus dikaitkan dengan Shuk setelah merekah berdua sah bercerai di mahkamah.

“Proses sekarang ini saya perlu dapatkan sijil kahwin dalam tempoh sebulan. Selepas dapat sijil nikah baru saya boleh selesaikan urusan cerai jadi insya-Allah dalam tahun ini juga.” Untuk info, Shuk dan Fara mendirikan rumah tangga di Thailand pada November  2023 dan pada April lalu, Shuk telah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya menerusi panggilan telefon.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Elaine Nada yang dilahirkan pada 26 Jun lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.