Berpisah bukan sebab Fisal Halim tiada duit dan tiada rupa, Peguam dedah punca Syazwani failkan cerai

Advertisements
Advertisements

Peguam kepada isteri pemain bola sepak kebangsaan, Nur Syazwani Mizuana Shahril iaitu Roshdan Sujak Rafie tampil menafikan dakwaan segelintir pihak berhubung punca keretakan rumah tangga anak guamnya. Memetik laporan Harian Metro, Roshdan menafikan dakwaan yang mengatakan Syazwani memfailkan perpisahan kerana suaminya, Faisal Halim sudah tidak berharta dan tidak lagi kacak. 

Sebaliknya, perceraian tersebut dipercayai berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka malah pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu. “Saya ada baca komen warganet mengatakan anak guam fail cerai kerana Faisal tiada duit dan sudah tidak handsome (kacak), semua ini tidak benar.  Saya dimaklumkan mereka sudah tiada persefahaman.”

Dalam pada itu, Roshdan turut memaklumkan Syazwani berada dalam keadaan baik dan sedia maklum tentang  perkhabaran perpisahan mereka yang kini diketahui umum. “Anak guam saya memfailkan permohonan cerai, cuma dalam prosiding semalam peguam Faisal memberitahu anak guamnya pernah melafazkan cerai dan rujuk sesama mereka, jadi perlu ada pengesahan dan bicara terlebih dahulu untuk tentukan jumlah talak.”

Difahamkan juga, soal hak penjagaan terhadap anak tunggal pasangan itu masih belum dibincangkan kerana keutamaan kini diberikan kepada penyelesaian isu pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah terlebih dahulu. Sementara itu, peguam Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader turut mengesahkan punca perceraian kedua-duanya disebabkan tiada persefahaman. 

Menurutnya, Faisal mendakwa pernah melafazkan cerai pada 15 Jun lalu dan rujuk kembali sehari kemudian. “Mereka tidak mendaftarkan cerai dan rujuk itu, maka prosiding pengesahan lafaz talak luar mahkamah itu perlu dilakukan terlebih dulu.” Sebelum ini, Nur Syazwani mengejutkan orang ramai apabila didakwa telah mengemukakan permohonan cerai terhadap Faisal selepas enam tahun mendirikan rumah tangga bersama.

Untuk rekod, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019.  Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Khalish. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.