Tak mudah pertahankan rumahtangga yang ada campur tangan org ketiga, isteri Faisal Halim dedah ini bukan kali pertama diceraikan

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril akui tidak mudah untuk mempertahankan rumah tangga yang dicampur tangan oleh pihak yang tidak disebutkan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Nur Syazwani menyatakan bahawa segala keputusan yang dibuat hari ini adalah berdasarkan kehidupan yang dilaluinya. Dakwanya, ini bukan kali pertama dirinya dilepaskan oleh suaminya, Faisal Halim.

“Tindakan saya hari ini berdasarkan apa yang saya lalui dan kehidupan saya sendiri. Saya yang lebih tahu kehidupan saya. Saya telah berkorban seluruh jiwa saya untuk keluarga. Dari susah sehingga berjaya, dari tidak dikenali kepada seorang yang dipuji, dari sakit sehingga sihat dan kembali ke tahap terbaik. Bukan mudah untuk saya. Malah ini bukan kali pertama, saya pernah diceraikan sebelum ini.”

Berkongsi lebih lanjut, Nur Syazwani akui telah sedaya upaya mempertahankan rumah tangga yang dibina selama enam tahun bersama. Tambahnya lagi, terlalu banyak campur tangan dalam isu rumah tangganya sehingga mendakwa dirinya dipulangkan kepada ibunya. “Saya cuba pertahankan tapi terlalu banyak campur tangan dan onak dalam kehidupan saya. Tindakan saya hari ini bukan satu keputusan yang senang dibuat.

Saya telah berusaha namun mungkin ini jalan yang terbaik. Ibu saya disuruh untuk mengambil saya, saya telah dipulangkan kepada ibu saya. Walaupun berat hati, saya ikutkan kehendak dia.” Untuk rekod, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Khalish Aryan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.