Terpaksa kerja keras sebab banyak komitmen, Aliff Syukri sanggup berniaga sambil baring

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan terpaksa bekerja keras kerana menanggung beban komitmen yang terlalu besar. Menerusi perkongsian di Threads milik @azyanhanani, Aliff menjelaskan dirinya terpaksa tidur sehingga lewat malam mencari rezeki menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Bukan itu sahaja, Aliff juga dilihat masih berniaga biarpun berbaring di atas katil menunggu masa untuk tidur setelah seharian mengerah tenaga mencari wang. “Dia live sambil baring sahaja. Ada orang tanya ‘Papa kenapa tak tidur lagi? Lepas itu, Datuk jawab ‘komitmen aku banyak, anak aku ramai. Rumah aku besar, kalau tidur awal macam korang macam mana nak bayar komitmen’ terciduk dengar,” kata pengguna Threads itu.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons balas daripada warganet dan rata-rata memuji Aliff yang rajin mencari rezeki dan ada juga meminta agar usahawan itu bijak mengurus masa supaya mendapatkan rehat yang cukup agar tidak menjejaskan kesihatan.

Sebelum ini, Aliff menjadi sorotan ramai apabila muncul sebagai duta Kunafa Aiwahhh dan mendedahkan bahawa jenama makanan itu mampu membayar dirinya bersama keluarga sebagai duta termahal. Pelantun Abang Nak Tegur iru menjelaskan beliau menerima sesuatu tawaran bukan sahaja kerana kualiti produk tetapi juga bayaran lumayan dan tidak melakukan sebarang kerja secara percuma.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.