Isteri kepada usahawa dan pempengaruh Jofliam iaitu Emira Delyati Dewi dikhabarkan sedang berbadan dua. Perkara itu mula menjadi perhatian selepas Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar berkongsi beberapa hantaran di Instagram Story yang seolah-olah memberi bayangan mengenai berita tersebut. Menerusi perkongsian itu, Jofliam memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan Dewi berada di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.
Dalam salah satu gambar, Dewi kelihatan berjalan di koridor hospital sambil membawa beg besar, seolah-olah menuju ke sesi pemeriksaan. Apa yang lebih menarik perhatian, Jofliam turut mendedahkan bahawa doktor yang ditemui isterinya itu merupakan individu sama yang menyambut kelahiran Dewi 28 tahun lalu di hospital yang sama. “Doktor yang sama, tempat yang sama yang melahirkan @emiradelyati 28 tahun yang lepas. Magis.”

Terdahulu, Jofliam dan Dewi selamat bernikah pada awal April lalu. Untuk rekod, Jofliam sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh terkenal, Cik Epal pada 1 Jun 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki. Namun, pasangan itu berpisah pada tahun lalu selepas 10 tahun bersama.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.