Tengah hangat pasal isu rumahtangga, ini pula respon dari Faisal Halim pasal isu perpisahan

Advertisements
Advertisements

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim seolah-olah mengelak untuk memberi sebarang respons berhubung permohonan cerai yang difailkan isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril. Faisal ketika dihubungi memberi alasan perkhidmatan talian telefon di rumahnya kurang baik. “Rumah saya ‘takde’ line,” katanya ringkas. Kami cuba menghubunginya semula beberapa kali termasuk menghantar kiriman WhatsApp, namun sehingga kini Faisal atau lebih dikenali Mickey tidak menjawab.  

Sementara itu, tinjauan di akaun Instagram miliknya juga tiada sebarang perkongsian terkini meskipun sudah dibanjiri dengan pelbagai komen daripada penyokong. Malah perkongsian Faisal di Instagram sejak beberapa hari lalu dipenuhi dengan foto bersama anaknya, Khalish Aryan. Terdahulu melaporkan Syazwani memfailkan permohonan cerai terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.  

Perkara itu turut disahkan oleh peguam mewakili Syazwani iaitu Roshdan Sujak Rafie yang memaklumkan mahkamah menetapkan Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian pasangan itu. Roshdan berkata, tarikh baharu itu diputuskan mahkamah berikutan keterangan daripada pihak defendan (Faisal) yang mendedahkan pernah berlaku perceraian di luar mahkamah sebelum ini.

Kes tersebut dibicarakan di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim. Untuk rekod, Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey berkahwin dengan Syazwani pada 9 Mac 2019. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalish Aryan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.