Anak kena kritik sebab buka tudung, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari Nora Ariffin

Advertisements
Advertisements

Penyanyi Datuk Nora Ariffin akhirnya buka mulut berkaitan imej terbaharu anak perempuan, Putri Dahlia yang kini tidak lagi bertudung. Kata Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya dan kembali ke pangkal jalan. “Sebagai ibu, saya sentiasa memberikan nasihat yang baik-baik dan tidak pernah putus berdoa memohon segala kebaikan untuk anak-anak. 

Allah sahaja yang tahu apa yang kami lalui. Buat masa ini, saya hanya mampu berdoa kepada Allah agar mereka diberikan hidayah serta pedoman untuk kembali ke pangkal jalan. Terima kasih semua,” katanya dalam satu hantaran di Insta-Story, hari ini. Terdahulu, Putri Dahlia menjadi perhatian ramai apabila tampil dengan imej baharu selepas lebih 15 tahun berhijab.

Katanya, keputusan itu diambil sebagai langkah untuk memulakan perjalanan baharu dalam memahami agama dengan lebih mendalam. Dia turut menukar nama pentas daripada Putri Dahlia kepada Dahlia sahaja bagi menembusi pasaran muzik antarabangsa. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.