‘Tak perlu jadi sempurna untuk diterima oleh manusia’, itu luahan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerusi perkongsian di platfrom media sosial miliknya. Kata Sarah, hidup tenang dan gembira sudah mencukupi kerana itu adalah sebahagian daripada proses penyembuhan dan berkembang. “Hiduplah dengan tenang. You don’t have to prove anything to anyone. Kau tak perlu jadi sempurna untuk diterima oleh manusia.
As long as you are happy, you are growing, and you are healing that’s enough. Cari apa yang buat jiwa kau rasa hidup,” katanya. Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di Instagram miliknya beserta foto percutian bersama keluarga. Mengulas lanjut, ibu anak dua itu berkata, menghargai setiap momen bersama insan tersayang adalah paling bermakna meskipun terkadang dilihat kecil pada pandangan orang lain.
Malah, Sarah juga sempat menitipkan pesanan agar sentiasa berbuat baik namun, dalam masa sama tidak mengabaikan diri sendiri sehingga mengutamakan orang lain. “Hargai momen kecil yang kadang orang lain tak pandang, tapi bagi kita, itu antara yang paling bermakna. Be kind, tapi jangan sampai lupakan diri sendiri. Boleh jadi baik tapi jangan sampai hilang arah kerana terlalu meletakkan orang lain first than yours,” jelasnya.
Sumber; Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.