Timbul spekulasi Nora Danish dengan duda anak dua, rupanya lelaki tu merupakan perunding kewangan

Advertisements
Advertisements

Pelakon cantik Nora Danish menjadi perhatian ramai setelah meninggalkan tanda suka pada hantaran individu yang didakwa merupakan kekasih hatinya yang baharu. Pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif sebelum ini menimbulkan spekulasi setelah berkongsi sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berkopiah di laman instagram miliknya. Sehubungan itu, warganet mula membuat pencarian dan mengenal pasti lelaki tersebut adalah seorang perunding kewangan yang mesra dikenali sebagai Mickey Ayo.

Lebih menguatkan lagi dakwaan warganet apabila, Nora meninggalkan tanda suka pada beberapa hantaran yang dimuat naik oleh Mickey Ayo mengukuhkan lagi desas desus bahawa mereka berdua sedang dilamun cinta. Meninjau ke ruangan komen, warganet merestui hubungan selebriti itu dan mendoakan agar ia berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Malah ada juga wargamaya menitipkan pesanan buat Mickey supaya menjaga Nora sepenuh hati dan mampu menjadi imam yang baik buat aktres jelita tersebut.

Untuk rekod, Nora pernah melangsungkan perkahwinan bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan berpisah pada 19 Jun 2024. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bersama iaitu Mohamed Neqayl, 7. Sebelum itu dia juga pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 10 Julai 2008. Mereka dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 17 tahun.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.