Pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam tampil mempertahankan isteri pertama, Umisya Mazlan selepas menerima kritikan daripada warganet berhubung isu rumah tangga mereka. Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, meluakan rasa kesal terhadap tindakan segelintir warganet yang bertindak melulu dengan mengkritik Umisya. Kata Aslam, warganet sepatutnya mengkritik dirinya kerana dia yang bersalah dalam hal tersebut. Klik sini untuk lihat video.

“Saya pun tidak faham. Kecamlah saya, kenapa kalian kecam Umisya? Untuk apa?” Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan kata-kata Aslam. Terdahulu, nama pasangan ini menjadi bualan hangat apabila Aslam membuat keputusan untuk berkahwin dua sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan di media sosial. Sehingga kini, pasangan ini sering mendapat perhatian warganet dan menjadi sorotan media susulan kehidupan peribadi mereka yang terbuka dikongsi di platform media sosial.


Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.