Diminta untuk buka jaket, sekali Ameera Khan punya tindakan dapat pujian warganet

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh terkenal, Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian apabila menghadiri pertunjukan fesyen Tod’s Spring/Summer 2026 sempena Milan Fashion Week (MFW). Dalam satu perkongsian, dapat dilihat Ameera dengan sopan menolak permintaan seorang jurugambar yang memintanya membuka jaket ketika sesi bergambar. Adik kepada selebriti dan usahawan terkenal Noor Neelofa itu enggan berbuat demikian kerana dia tidak mengenakan sebarang pakaian di bahagian dalam jaket tersebut. Klik sini untuk lihat video.

“Saya tak pakai apa-apa,” ujar Ameera kepada jurugambar tersebut. Tindakan Ameera itu dipuji ramai netizen yang menganggapnya sebagai keputusan tepat demi menjaga kehormatan diri namun tetap tampil profesional di pentas fesyen antarabangsa. Kehadirannya di Milan Fashion Week bukan sahaja memperlihatkan gaya berani dan moden, tetapi juga mencerminkan keyakinan seorang anak muda Malaysia yang tahu menetapkan batas dalam dunia fesyen.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.