Pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli menyorot perhatian ramai yang prihatin terhadap isu pergolakan rumah tangga yang dihadapinya kini. Menerusi pemerhatian, laman media sosial Instagram (IG) Uqasha atau nama lengkap Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dibanjiri dengan komen warganet. Difahamkan, warganet berpakat untuk membantu Kamal Adli memujuk Uqasha untuk tidak meneruskan prosiding penceraian malah mengambil inisiatif untuk berbincang secara privasi.
Laman Instagram (IG) Uqasha dipenuhi dengan komen yang memaklumkan bahawa Kamal masih sayangkan keluarganya tanpa kehadiran orang ketiga. Imbas kembali, Kamal mohon warganet tidak meninggalkan sebarang komen negatif terhadap Uqasha semasa temu bual di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa.



Selain itu, pelakon berusia 39 tahun tersebut turut akui masih sayangkan Uqasha dan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya. Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.