Sambut ulangtahun kelahiran Nabil Ahmad di konti Era, ramai yang puji Bella Astillah sebab sanggup bangun pukul 1 pagi masak nasi lemak

Advertisements
Advertisements

Penyanyi dan pelakon, Bella Astilah tidak ketinggalan menyambut hari jadi rakan sekerjanya iaitu pelawak, Nabil Ahmad di konti radio Era. Lebih istimewa lagi apabila Bella sanggup bangun awal pagi dan memasak nasi lemak demi menjamu sahabat sahabatnya di konti. Bukan biasa-biasa, nasi lemak yang dimasak Bella disertakan dengan pelbagai lauk seperti ayam goreng, sambal udang galah dan sambal kerang. Klik sini untuk lihat video.

Malah sahabat di konti juga turut berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada Bella antaranya Radin dan Pak Azad. “Terharu tau Nabil bila Radin, Pak Azad dan Bella sambut hari jadi untuk dia. Bella siap bangun pukul 1 pagi lagi nak masakkan nasi lemak untuk geng 3 Pagi ERA,” maklum kapsyen di Instagram rasmi Era.Je. Sementara itu di ruangan komen rata-rata warganet memuji Bella yang rajin menjamu orang dengan masakan dari air tangannya.

Untuk info, Bella kini merupakan penyampai radio ERA, sejak 22 September lalu. Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian rasmi di Instagram ERA yang memuat naik surat tawaran khas ditujukan kepada Bella. Menariknya, surat berkenaan ditulis seolah-olah dokumen rasmi yang menyatakan tarikh pelantikan, tugasan serta waktu bertugas seawal jam 6 pagi bersama geng 3 Pagi ERA.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.