Teruk kena kritik dengan warganet, Irfan Haris lebih memilih untuk diam dari layan komen negatif

Advertisements
Advertisements

Penyanyi Irfan Haris memilih untuk tidak melayan sebarang komen negatif yang dilemparkan terhadap keluarganya susulan perkahwinan kakaknya, Amira Othman dengan pelakon popular Fattah Amin. Menurut Irfan, 24, dia dan keluarga berpegang kepada prinsip untuk mengekalkan adab serta budi bahasa, biarpun ada segelintir warganet tidak menyenangi majlis perkahwinan berkenaan.

“Saya tidak faham sebenarnya kenapa perlu berbuat seperti itu (benci selebriti yang hadir majlis kahwin). Majlis itu bagi meraikan pengantin, tapi ada pula yang benci. Kami tidak lawan dan tak pernah balas. Hanya berdiam sahaja,” katanya. Tambah penyanyi lagu Redha itu, dia turut menerima pelbagai mesej berbaur negatif termasuk ugutan selepas majlis tersebut berlangsung.

“Untuk saya pun ada terima macam-macam (mesej negatif) termasuk ugutan. Sampaikan saya tutup mesej saya. Ayah pernah berpesan, jangan balas apabila orang buat jahat kepada kita,” ujarnya lagi. Irfan menegaskan, dia memilih untuk fokus pada perkara positif dan menyerahkan segala hal negatif kepada Allah.

“Sebab kahwin kan, kita meraikan pasangan baharu pun ada kebencian begitu. Saya tak pernah layan (komen negatif). Kalau tak suka, tidak mengapa. Saya tak buat apa-apa pun. Kakak saya hanya mendirikan rumah tangga, benda yang baik, benda yang mulia untuk mendirikan rumah tangga. Jadi, kalau orang tak suka, kita tak boleh nak buat apa-apa. Kita diam sajalah,” jawabnya lagi.

Tegas Irfan, apa yang lebih penting kini ialah kebahagiaan kakaknya bersama suami serta keharmonian keluarganya yang tidak mahu terpalit dalam sebarang kontroversi. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.