TAMPIL dengan imej berhijab, penyanyi Umairah menajdi perhatian warganet apabila memuat naik beberapa foto terbaharunya yang mengenakan tudung. Ditanya tentang perubahan itu, Umairah atau mesra disapa Umai, 14, hanya meminta doa buat dia dan keluarga. “Doakan saya dan keluarga ya,” katanya ringkas. Sementara itu menerusi beberapa hantaran di sosial media, ramai memuji penampilan terbaharu yang kelihatan manis dan sopan.
Malah tidak kurang juga peminat terus menyokong penyanyi ini untuk kekal dengan imej sebegitu. “Umai nampak cantik bila bertudung, semoga terus kekal istiqamah ya.” “Alhamdulillah Umai dah berhijab, nampak manis sangat.” “Cantiknya bidadari ni… Perlahan-lahan istiqamah dan semoga berjaya dalam pelajaran serta kerjaya,” tulis warganet.
Umai mula menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar berhijab buat pertama kali pada 18 Oktober lalu. Sejak itu, Umai dilihat konsisten tampil dengan imej berhijab dan tidak lagi berkongsi sebarang foto tanpa bertudung di akaun media sosial miliknya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.