Ada usaha nak pujuk hati isteri, Kamal Adli ada hadiahkan telekung buat Uqasha Senrose

Advertisements
Advertisements

Pelakon Kamal Adli memberitahu ada memberi telekung buat isterinya, Uqasha Senrose sebagai usaha memujuk bagi menyelamatkan rumah tangganya yang sedang bergolak. Memetik laporan Kosmo, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, menjelaskan pemberian itu sekadar usaha kecil yang mampu dilakukan sebelum menerima surat amaran daripada pihak isteri agar tidak menggangu.

“Saya ada bagi telekung kepada dia. Saya dapat surat yang mengatakan jangan ganggu anak guam dia (Uqasha). Jadi saya hormat untuk ‘cooling period’ (tempoh bertenang) itu. Kalau saya, memang saya nak (pujuk),” kata Kamal, hari ini. Menurut peguam yang mewakili Kamal, Hadi Saleh berkata, pihaknya telah menghantar surat rasmi untuk memohon pertemuan secara peribadi antara Kamal dan Uqasha. “Kita ada usaha. Kita dah hantar surat untuk ajak jumpa secara peribadi,” jelasnya.

Untuk rekod, prosiding perpisahan antara pasangan selebriti itu ditangguhkan kepada 19 November depan selepas peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.