PENYANYI Linda Rafar mengumumkan menarik diri daripada sebarang aktiviti bersama kumpulan Elite pada Rabu. Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 47, berkata keputusan itu dibuat dengan penuh rasa sedih namun reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan. “Hanya pada Allah sahaja aku berserah. Maafkan Linda jika tidak dapat nak sertai Elite lagi. Sedih sangat, nak tulis pun tak boleh. Moga Allah kuatkan Linda dalam apa jua keadaan,” katanya.
Linda berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Rabu. Menerusi tinjauan di Instagram, Linda turut memuat naik paparan skrin tangkap layar bersama anggota kumpulan Elite yang lain termasuk Abby Abadi dan Azza Zawari yang memberi kata-kata semangat terhadap keputusan penyanyi berkenaan.
Dalam perkongsian itu, Azza turut memberitahu Elite tidak akan digantikan dengan anggota baharu kerana mereka adalah ahli yang membentuk kejayaan kumpulan tersebut. Malah, terdapat juga perbualan melibatkan penglibatannya dalam konsert GenKRU The Finale yang akan berlangsung pada 22 November ini.

“Elite takkan aku ganti dengan orang lain. Elite adalah kita. “Aku nak kau tahu itu,” ujarnya. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Linda tidak berjaya selepas dipercayai mempunyai urusan penting yang perlu diutamakan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.