Anak kepada pelakon terkenal, Kazar Saisi, iaitu Ira Kazar, meluahkan rasa geram apabila mendakwa diganggu individu misteri di media sosial yang bukan saja menyamar, malah turut mengganggu pengikut serta rakan-rakannya. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Ira berkata individu terbabit bertindak keterlaluan apabila berulang kali mencipta akaun baharu selepas disekat, selain menjual nombor telefon pengurusnya kepada orang lain.
“Minta jasa baik semua tolong report akaun ini. Saya dah block dia merata tapi dia tetap buat akaun baru. Semua pengikut saya dia kacau, nombor telefon pengurus saya dia jual merata,” tulisnya. Lebih menjengkelkan, individu itu dikatakan kerap ‘menstalk’ profilnya setiap hari sebelum menyekat kembali akaun Ira, seolah-olah sengaja mahu mencari perhatian.
“Hari-hari stalk profile saya, lepas stalk saya dia block balik. Tak habis-habis dengan Thailand, jin, sihir dia. Lama-lama rasa ‘annoying’ sebab setiap hari ada kawan-kawan bagi tahu kena mention dengan dia,” luah Ira lagi. Katanya, gangguan itu bukan hanya tertumpu kepada dirinya, malah mana-mana individu yang berinteraksi dengannya di media sosial turut terbabit.
“Bukan setakat pengikut saya dia kacau, dekat IG saya siapa yang ada dengan saya pun dia akan kacau juga,” katanya. Ira turut memohon bantuan orang ramai untuk sama-sama melaporkan akaun berkenaan agar digantung oleh pihak TikTok. “TikTok dia saya tak jumpa sebab dah kena block. Tolong sama-sama report sampai akaun dia kena suspend,” ujarnya.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.