SUSULAN kenyataan Linda Rafar yang memberi bayangan mahu meninggalkan kumpulan Elite, rakan sepasukannya, Watie Sadali menjelaskan hubungan mereka masih baik dan tiada sebarang perselisihan faham berlaku. Menurut Watie, 49, mereka menghormati setiap keputusan yang ingin dibuat Linda dan menegaskan tidak mempunyai sebarang masalah. “Bila tanya dia tak cakap apa-apa, cuma beritahu ada masalah dalaman untuk diri dia.
Kami hormati keputusannya, tapi apapun saya nak jelaskan hubungan kami memang tiada apa-apa masalah,” katanya. Sementara itu, seorang lagi anggota Elite, Sasha Saidin turut menafikan dakwaan kononnya Linda sudah keluar daripada kumpulan tersebut. Jelas Sasha, kenyataan yang dimuat naik Linda hanyalah berbentuk andaian dan bukan pengumuman rasmi.
“Apa yang Linda tulis hanyalah ayat ‘sekiranya’ atau ‘jika’, bukan bermaksud dia memang sudah keluar seperti yang disangka oleh netizen. Saya rasa dia cuma mahu berehat, bukan keluar terus,” ujarnya. Tambah Sasha, kumpulan Elite sentiasa menghormati setiap keputusan yang ingin dibuat rakan-rakannya, termasuk jika ada yang memilih untuk menarik diri.
“Sudah tentu kalau ada di antara kami yang nak tarik diri, tak kira Linda atau sesiapa pun, kami kena hormat keputusan dibuat kerana itu urusan peribadi masing-masing,” jelasnya. Sebelum ini, Linda mendedahkan dia sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kumpulan Elite selepas menerima pelbagai kritikan daripada warganet. Katanya, komen negatif yang mempersoalkan kehadirannya dalam kumpulan tersebut memberi kesan kepada emosi dan kesihatan mentalnya.
Luahan tersebut dimuat naik menerusi hantaran di platform Threads pada 29 Oktober lalu, di mana Linda memberi bayangan mahu menarik diri daripada kumpulan selepas berdepan beberapa ujian yang didakwanya menjejaskan kestabilan mental. Selain Watie, Sasha serta Linda, Elite turut dianggotai oleh dua lagi ahli iaitu Azza dan Abby Abadi.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.