Hal rumahtangga jadi bahan jenaka pengacara Gegar Vaganza, sekali ini pula respon dari Nubhan

Advertisements
Advertisements

Penyanyi dan usahawan, Ahmad Nubhan Ahamad, tidak mengambil hati dengan gurauan dua pengacara Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad berhubung hal rumah tangganya. Memetik laporan Utusan Malaysia, Nubhan, 39, berkata, dia tidak mahu memikirkan soal masalah peribadinya dan mahu fokus untuk mmeberikan persembahan yang baik sepanjang menyertai program itu.

“Lawak itu bukan datang daripada saya. Sama ada ia diterima atau tidak, saya serahkan kepada penonton untuk menilai. Bagi saya, fokus ketika ini hanyalah untuk menyanyi dan mengawal rasa gementar di atas pentas,” kata Nubhan, baru-baru ini. Tambahnya, dia tidak mengetahui apa yang berlaku di hadapan pentas kerana berada di belakang tabir dan hanya memikirkan persiapan sebelum membuat persembahan.

“Ketika di belakang pentas, fikiran saya kosong dan agak gementar. Jadi saya tidak ambil tahu apa yang berlaku di hadapan. Saya cuma mahu menyampaikan lagu dengan baik,” ujarnya. Sebelum ini, Nabil dan Sherry membuat satu jenaka kononnya penyanyi itu bakal bergelar duda serta sedang mencari pengganti, sekali gus mencetus perhatian penonton di media sosial.

Untuk info, Nubhan telah melafazkan talak satu kepada isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka. Namun, pasangan ini merujuk semula, biarpun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.

Kemudian, pelantun lagu Picisan itu memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Nubhan dan Afifah Hidayah melangsungkan perkahwinan pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *