Personaliti media sosial dan usahawan Cik Epal, mendakwa dia telah difitnah selepas menerima penilaian yang baik mengenai jenama piza miliknya. Menerusi luahan di Threads, Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud kesal terhadap individu yang mendakwa dirinya membayar sejumlah wang kepada pempengaruh terkenal, Jason untuk memberikan ulasan terhadap piza yang dihasilkan.
“Dia punya tak puas hati tu sampai fitnah aku bayar Jason. Macam-macam hal.” Terdahulu, Jason memuat naik video ulasan mengenai Pizza Mendonia yang diusahakan oleh Cik Epal. Pada video berkenaan, Jason memberikan skor sebanyak 8.7 selepas menilai kesemua aspek piza tersebut termasuk tekstur, pes tomato serta penggunaan daging.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.