Dituduh menjalinkan hubungan intim dengan lelaki berstatus suami orang, ini pulak respon dari Inara Rusli

Advertisements
Advertisements

SELEPAS kecoh namanya disebut menjalinkan hubungan intim dengan lelaki berstatus suami orang, penyanyi dan pempengaruh Indonesia, Inara Rusli tampil membuat permohonan maaf.  Bagaimanapun permohonan itu dibuat kepada pengurusnya, Karina Putri yang turut terpalit dalam kontroversi yang berlaku. Kata Karina, permohonan maaf tersebut juga bukan bermaksud Inara mengakui perbuatannya menjadi perosak rumah tangga orang lain. 

“Dia minta maaf kepada saya. Maaf itu kerana ada berita yang tersebar. Dia tidak mengiyakan atau menidakkan perkara tersebut. Jadi dia minta maaf kerana telah mengganggu urusan kerja,” jelasnya. Sebelum ini kecoh di media sosial selepas pempengaruh bernama Wardatina Mawa membuat laporan polis menuduh Inara menjalinkan hubungan sulit bersama suaminya, Insanul Fahmi. 

Mawa juga mendakwa dia ada bukti kukuh termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suaminya melakukan perbuatan zina dengan Inara. Menjelaskan hal tersebut, pihak pengurusan mengakui Inara dan Insanul merupakan kenalan dan hubungan mereka berlangsung secara profesional. “Apa yang saya tahu mereka kenal atas urusan perniagaan,” ujarnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.