Cik Epal luah rasa terharu bila Pizza Mendonia miliknya dapat skor 8.7 dan review positif dari Jason

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal meluahkan rasa terharu apabila jenama piza miliknya menerima ulasan positif daripada pempengaruh terkenal, Jason. Menerusi hantaran di platform Threads, Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud, menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan dan ulasan jujur yang diberikan. “Jason! Terima kasih banyak atas ulasan awak tentang Pizza Mendonia dan kerana datang dengan kostum piza.

Memang menceriakan hari kami. Kami hargai sokongan dan aura positif anda. Harap dapat jumpa anda lagi nanti.” Terdahulu, Jason memuat naik video ‘mukbang’ di TikTok sambil memberikan ulasan mengenai Pizza Mendonia yang diusahakan Cik Epal. Dalam video berkenaan, Jason memuji tekstur piza, pes tomato serta penggunaan daging wagyu yang dikatakan menambah kelainan pada rasanya. Klik sini untuk lihat video.

Jason turut memberikan markah 8.7 iaitu antara skor tertinggi pernah diberikan menerusi siri ulasannya sebelum ini. Dalam perkembangan lain, Cik Epal tercalon untuk OhBulan Paling Viral Online menerusi kategori Digital Content Creator Paling Viral. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.