Penyanyi Adira Suhaimi sekali lagi menjadi bualan warganet apabila didakwa melakukan pembedahan plastik bagi tujuan kecantikan. Menurut perkongsian di Instagram, Adira tampil membuka mulut menjawab dakwaan tersebut namun tidak menafikan atau mengiyakan sama ada melakukan prosedur itu pada bahagian hidungnya.

“Apa yang anda nampak yang berubah sikit-sikit mungkin itu lah tu. Saya tidak menafikan atau mengiyakan, pandai-pandai lah peminat tengok gambar-gambar lama,” kata Adira, baru-baru ini. Pelantun lagu Pujaan Hati itu turut mengakui pernah berasa ‘insecure’ pada wajah namun tahu mengatasi masalah tersebut dengan tidak berlebihan.
“Dia macam ini, setiap orang ada rasa insecure masing-masing dan ada cara untuk menangani. Saya juga ada insecure pada wajah tapi tidak berlebihan kerana saya tahu limit saya sampai tahap mana. Sekiranya nampak ada perubahan sikit tu saya tak boleh nak kata apa-apa,” jelasnya. Disoal tentang sama ada melakukan pembedahan pada bahagian lain, Adira menafikan sekerasnya bahawa tuduhan itu amatlah tidak benar.
Terdahulu, penyanyi itu menjadi bualan hangat apabila tular dakwaan kononnya dia meninggalkan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu, di tepi lebuh raya selepas berlaku perselisihan faham. Bagaimanapun dia mengakui perkara itu berlaku namun menegaskan bekas suaminya diturunkan di lokasi yang selamat. Untuk rekod, Adira dan Datuk Red berkahwin pada 3 Disember 2015 dan bercerai pada 24 April tahun lalu. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayob.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.