Dapat rasa isu tidak menemui jalan penyelesaian, Lufya Omar nekad untuk tarik balik tuntutan nafkah anak

Advertisements
Advertisements

PELAKON dan penyanyi, Lufya Omar memaklumkan dia mengambil keputusan untuk menarik semula tuntutan nafkah anak yang pernah difailkan terhadap bekas suaminya, Dr Che Hafiz. Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 40, keputusan itu dibuat kerana enggan terus memanjangkan isu berkenaan yang dirasakan tidak menemui jalan penyelesaian. “Saya tarik diri daripada tuntutan nafkah anak kerana terlalu memalukan untuk terus bergaduh tentang perkara itu,” katanya.

Lufya berkongsi perkembangan tersebut menerusi satu hantaran di Instastory yang turut memaparkan dirinya bersama peguam di hadapan mahkamah pada Rabu.  Dalam masa sama, Lufya mengakui dia sudah penat berjuang sendirian sehingga memilih untuk melepaskan terus tanggungjawab itu daripada bekas suaminya. Malah, kata Lufya, keputusan tersebut dibuat selepas mempertimbangkan kata-kata dan sikap yang ditunjukkan bekas suaminya sepanjang proses tuntutan berlangsung.

“Fikirkan sedalamnya ketika awak berkata tidak mampu dan sanggup ‘berperang’ dengan saya habis-habisan. Tidak mengapa, saya sudah cukup bahagia untuk melepaskan awak daripada tanggungjawab itu. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada seseorang yang berhutang besar dengan saya di akhirat nanti. Semoga ibu ini masuk syurga, Laana Haura, kerana berjuang sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Lufya iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan ketika dihubungi memaklumkan permohonan anak guamnya itu telah diterima mahkamah tanpa sebarang halangan. Keputusan menarik semula permohonan tersebut dibuat pada 23 Jun lalu.  “Mahkamah membenarkan permohonan Lufya untuk menarik balik tuntutan nafkah anak terhadap bekas suaminya,” jelasnya. Untuk rekod, Lufya dan Dr. Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 sebelum bercerai pada 17 Jun 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura, kini berusia tujuh tahun. Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Che Hafiz kembali bernikah dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.