Ibu luah rasa syukur dan terharu sebab Nubhan beri hak hadhanah penuh kepada Dr Fie

Advertisements
Advertisements

Ibu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 35, Dr Zailah Zainudin, meluahkan rasa syukur dan terharu apabila menantunya, Nubhan Ahamad, 36, bersetuju memberikan hak  hadanah iaitu penjagaan penuh tiga cucunya kepada Dr Fie. Menerusi hantaran di Instagram, Dr Zailah menzahirkan penghargaan terhadap sokongan ahli keluarga, sahabat handai, dan warganet sepanjang proses tuntutan hadanah itu.

“Alhamdulillah syukur. Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan berterusan diberikan termasuk kepada semua ahli keluarga, sahabat handai serta warganet yang mendoakan. Saya dan suami sangat terharu dan tak lupa juga kepada Nubhan atas keputusan hari ini (semalam). Semoga Allah merahmati, memberkati dan meredhai kita semua,” tulisnya. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai apabila memuji kedewasaan Dr Zailah yang tetap menghormati Nubhan walaupun bekas menantunya, menyifatkan beliau sebagai ibu yang wajar dicontohi.

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan hak hadanah atau penjagaan tetap tiga anak pasangan itu diserahkan kepada Dr Afifah. Dr Fie turut mengucapkan terima kasih kepada Nubhan kerana memberi kerjasama bagi memastikan beliau mendapat hak jagaan penuh.

Nubhan sebelum ini memfailkan tuntutan hadanah penuh dan interim pada September lalu, selepas turut memfailkan permohonan pengesahan perceraian untuk dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap Dr Fie di Mahkamah Rendah Syariah Sepang. Pasangan itu berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga anak, iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.