Usahawan terkenal, Datin Seri Nur Shahida mendedahkan suaminya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tidak memberi kebenaran untuknya menambah anak. Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Shahida Mohd Rashid berkongsi hasratnya yang seakan mahu menimang cahaya mata lagi. Namun selepas berbincang, Aliff seakan memberi bayangan bahawa hasrat itu tidak dapat direalisasikan.

“Baru lepas bincang, suami kata dia sudah ikat jadi sudah tidak boleh beranak lagi.” Sebelum ini, Shahida berkongsi hantaran bertanyakan pendapat orang ramai sama ada wajar baginya hamil pada usia yang sudah mencecah 40-an. Perkongsiannya itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya gembira berkongsi pandangan mereka. Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada Ogos 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang anak iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al‑Hakim. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.