Hampir 9 tahun perkahwinan, Mia Ahmad akui pernah hampir berputus asa ketika melalui fasa mencabar dalam rumahtangga

Advertisements
Advertisements

PELAKON Mia Ahmad berkongsi perjalanan rumah tangganya bersama bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi Roslan yang disifatkannya sebagai tempoh penuh liku dan ujian. Menerusi luahan yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Mia, 37, tidak menafikan pernah berada pada tahap hampir berputus asa ketika melalui fasa mencabar dalam tempoh hampir sembilan tahun perkahwinan mereka.

“Hampir 9 tahun kami bersama. Pernah rasa give up. Pernah rasa hopeless. Pernah rasa tak cukup buat sehabis baik, pernah rasa dah cukup buat sehabis baik tapi hati masih berbolak balik,” katanya. Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi berkata, tanpa ilmu dan kemahiran untuk memahami pasangan, hubungan itu mungkin hanya bertahan tanpa sebarang rasa. 

“Tanpa skil untuk memahami, mendengar dengan baik dan memaknai setiap yang berlaku… mungkin saya hanya pada tahap bertahan dalam perkahwinan. Inilah satu proses ibadah yang paling panjang, ianya bukan seperti yang digambarkan di dalam filem ataupun media sosial tetapi satu bentuk perjalanan yang memerlukan kesedaran tinggi, niat baik, doa dan tindakan untuk terus belajar, aplikasikan dalam perkahwinan dan kehidupan,” katanya yang bersedia melangkah tahun baharu dengan perubahan positif. 

Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.  Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sayf Issa, 6, Iriss, 4, Imaani, 2, dan seorang bayi lelaki. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.