Rezeki pelakon, Kamal Adli terus melimpah ibarat air mengalir meskipun rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose sedang dilandai badai. Terbaharu, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, dilantik sebagai duta gedung tesktil terkenal iaitu Jakel bagi kempen tahun 2026. Menerusi beberapa hantaran di TikTok, pelakon drama Rahsia Kelabu itu dilihat hadir ke bangunan Jakel Mall untuk menandatangi perjanjian. Klik sini untuk lihat video.

Perkongsian tersebut disambut baik dan rata-rata peminat meluahkan rasa teruja di atas pelantikan tersebut. Tidak kurang juga yang menyifatkan Kamal seorang kuat dan mendoakannya terus semangat mengharungi ujian. Dalam perkembangan lain, mahkamah menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh prosiding Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes perpisahan Kamal dan Uqasha.
Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia tujuh tahun sembilan bulan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.