Kecoh hubungan diganggu oleh orang ketiga, sekali ramai yang berbunga bunga lepas tengok komen Syed Saddiq pada Bella Astillah

Advertisements
Advertisements

KECOH di media sosial apabila timbul dakwaan hubungan pelakon Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini sedang diganggu orang ketiga yang dikatakan rapat dengan mereka. Isu ini mula hangat di laman Threads apabila peminat mendakwa ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz lebih menyukai wanita berkenaan yang juga kakitangan jenama diwakili pasangan terbabit. Lebih menguatkan andaian itu, Sharifah Mahani dikatakan kerap memuat naik foto bersama wanita terbabit berbanding Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 31.

Sejak kisah ini mendapat perhatian meluas pada malam Ahad, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dan geram dengan spekulasi yang timbul. Bagaimanapun menerusi perkongsian terbaharu Bella yang memuat naik ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Syed Saddiq, ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada peminat.  “Terima kasih Syed Saddiq kerana selalu ada  dan menyokong saya dalam apa sahaja. MashaAllah, awak memang terlalu baik,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lebih mengujakan, Syed Saddiq turut meninggalkan komen memuji kehebatan Bella disertai emoji berbentuk hati. Komen tersebut sekali gus meredakan tanggapan ramai tentang hubungan mereka yang didakwa sedang bergolak ketika ini. “Awak seorang wanita besi,” komennya. Bella kemudian membalas komen tersebut dengan emoji hati berwarna merah.

Melihat hubungan yang masih baik, rata-rata warganet mendoakan agar mereka terus bahagia dan saling menyokong. “Bukan biasa-biasa emoji dia pakai, bersemut sangat dah ni. Alhamdulillah. “Tapi kalau betul menghargai jadikan dia yang rasmi jangan biarkan dia dengan pelbagai gosip.” “Faham, sekarang main balas-balas emoji saja. Harap jangan sesiapa usik mereka,” antara komen warganet.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq dikatakan semakin rapat selepas mereka serasi bergandingan mewakili beberapa jenama namun masing-masing hanya mengakui tidak lebih daripada kawan. Membuatkan hati peminat semakin berbunga-bunga apabila bersama keluarga masing-masing, Bella turut menemani lelaki terbabit ke Kejohanan Dunia Ironman 2025 di Perancis yang berlangsung pada 14 September lalu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.