Kisah rumahtangga jadi bualan, Umisya Mazlan luah rasa kecewa bila ada yang lemparkan pelbagai dakwaan pasal dia

Advertisements
Advertisements

Personaliti media sosial, Umisya Mazlan meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir warganet yang melemparkan pelbagai dakwaan terhadapnya. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Umisya menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah campur tangan dalam hal berkaitan suaminya dan poligami. “Dekat sini saya nak tegaskan, saya tak pernah meletakkan syarat, tak pernah menyuarakan itu atau ini sebagai isteri. 

Tak pernah mengarah segala kejadian dalam rumah tangga.” Menurut Umisya, dia mengakui kurang senang apabila konflik rumah tangganya menjadi bualan orang. Bagaimanapun, Umisya tetap positif dan menerima dengan hati yang terbuka segala ujian yang telah ditetapkan oleh Ilahi. “Tak ada kena mengena langsung dengan hal rumah tangga orang lain. Saya sendiri dah tak suka nak bercerita hal rumah tangga.

Saya tak bangga dengan apa yang jadi, bahkan lagi malu dengan dikenali sebagai asbab sekian-sekian, tapi saya ambil positif dengan hal-hal yang terjadi sekarang ini. Saya pandang ke depan, kalau boleh tak nak toleh belakang lagi dengan peristiwa lama, sebelum poligami ataupun selepas kejadian poligami. Saya bersyukur dengan segala yang Allah aturkan untuk saya sekarang.”

Dalam masa yang sama, sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata, Umisya hanya mahu yang terbaik untuk keluarganya. “Bila menerima semua keadaan ini, saya cuba untuk move on dan tunjuk kehidupan yang baik untuk anak-anak supaya mereka tengok nanti ummi dan papa baik-baik saja.” Untuk info, Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada tahun 2020 dan pernah berpisah pada September 2023. Namun, pasangan ini kembali rujuk dalam tempoh iddah.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud,4, Nuh,3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia sembilan bulan. Terdahulu, Aslam turut mengahwini anak kepada aktres Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand pada Disember 2023. 

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.