Ketika ini, apa-apa perkongsian yang dimuat naik penyanyi Nubhan serta isterinya, Dr Afifah Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie menjadi tumpuan ramai di media sosial. Dalam perkongsian terbaharu Dr Fie di laman Threads, dia memuat naik foto bersama salah seorang anaknya yang sedang membaca sebuah buku. Menerusi ruangan kapsyen, Dr Fie mengingatkan bahawa setiap tindakan dan penulisan ibu bapa memberi impak kepada anak-anak.
“Tulis yang baik-baik, doa yang baik-baik. Ibu bapa cerminan buat anak-anak,” tulisnya. Hantaran itu mendapat respon orang ramai yang memberi kata-kata semangat kepadanya dalam mengharungi ujian rumah tangga. Bagaimanapun, salah satu komen yang dipercayai adik kepada Dr Fie iaitu Zaim Tawfek turut menjadi tumpuan ramai.
Menerusi komen yang ditinggalkan, Zaim mengingatkan Dr Fie supaya tidak lagi bersedih dengan tindakan suaminya itu. “Buat apa nak meratapi lelaki p*ndan. Ada masalah lari rumah. Rupanya lari nak duduk dengan bibik,” tulisnya. Komen yang ditinggalkan itu juga mendapat tanda suka daripada Dr Fie. Menerusi semakan, Zaim juga meninggalkan komen yang sama di beberapa hantaran pengguna Threads lain yang bersuara mengenai isu antara Nubhan dan isterinya.

Terdahulu, nama Nubhan kembali menjadi bualan hangat selepas dia memuat naik video membawa ketiga anak-anaknya bertemu dengan pembantu rumah. Video terbabit turut meraih perhatian isterinya yang mempersoalkan tindakan suaminya itu. Untuk info, kes pengesahan lafaz cerai pasangan ini ditangguhkan ke 2 Disember depan.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.