Pelakon Datuk Aaron Aziz sekali lagi meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat individu tidak dikenali cuba mencetuskan propaganda dengan meninggalkan komen tidak senonoh di media sosialnya. Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz, 49, berkata, perkara itu dilihat keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan keluarga. Klik sini untuk lihat video.

Bahkan dia juga meluahkan rasa kesal kerana tidak faham mengapa terus menerus menjadi sasaran komen sebegitu sedangkan dia dan keluarga tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain. “Boleh tak sesiapa yang kenal orang ini? Biadab dan kurang ajar!. Saya, anak-anak dan isteri tak pernah kacau orang. Tetapi orang masih suka cari masalah,” kata Aaaron, hari ini.
Pelakon filem KL Gangster itu juga berkongsi tangkap layar akaun media sosial individu tersebut beserta komen dangkal yang telah ditinggalkannya. Malah dia juga meluahkan rasa kesal dengan sikap manusia yang suka menyakiti orang lain dan kemudian mengambil jalan mudah dengan membuat permohonan maaf secara terbuka. “Lepas itu buat video minta maaf, kepala bana kau,” dedahnya.
Difahamkan, individu itu meminta Aaron pulang ke negara asalnya, Singapura dan lebih teruk lagi apabila dia meninggalkan komen tidak senonoh melibatkan isteri dan anak-anak pelakon itu. Terdahulu, Aaron mengakui berdepan kes buli siber dan fitnah paling teruk sepanjang bergelar anak seni kerana didakwa tidak menyuarakan sokongan terhadap Global Sumud Flotilla (GSF).
Sehubungan itu, tindakan undang-undang diambil terhadap individu yang didakwa terbabit dalam buli siber serta penyebaran fitnah membabitkan dirinya dan keluarga. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.