Tak sangka harga memang murah, Uyaina Arshad dedah sanggup pergi ke Kuala Pilah untuk beli emas

Advertisements
Advertisements

DALAM tempoh kehamilan anak ketiga, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad memberitahu dia tidak mengidam makanan pelik seperti kebanyakan wanita lain. Sebaliknya, kata Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, dia lebih menginginkan barangan kemas sehingga sanggup ke daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, untuk menghadiahkan sendiri aksesori berharga itu kepada dirinya.

“Cerita benar, kehamilan ketiga ini lain macam. Bila dikatakan emas Kuala Pilah murah, saya mulanya tak yakin. Saya tanya di Threads dan ternyata orang Kuala Pilah kata ya. Jadi, untuk mendapatkan kepastian, saya pun gigih ke Kuala Pilah. Ternyata ia bukan dongeng, benar belaka,” katanya. Uyaina berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran di laman sosial miliknya berserta video perjalanan dari Kuala Lumpur ke daerah yang cukup sinonim dengan harga emas murah itu.

Meskipun dalam keadaan berbadan dua, dia kelihatan masih aktif berjalan ke beberapa kedai untuk membuat perbandingan harga serta rekaan barangan kemas di sana. “Saya masuk hampir lapan kedai. ‘Survey’ satu per satu. Tengok harga emas, upah dan rekaan, kemudian bandingkan. Kena rajin sikitlah. Kesimpulannya, sangat berbaloi.

Tukang emas cakap hari ini harga tinggi berbanding semalam, namun tidak mengapa. Ini rezeki dan saya gembira,” luahnya. Sepanjang perjalanan ke sana, Uyaina juga sempat singgah ke sebuah restoran untuk menikmati hidangan popular Negeri Sembilan. Dalam masa sama, dia memberitahu masih belum mengetahui jantina anak dalam kandungannya kini.

“Saya masih tak tahu ‘gender baby’. Kalau perempuan, ia menjawab semuanya kenapa saya suka emas. Kalau lelaki, mungkin dia akan jadi tauke kedai emas terkemuka suatu hari nanti,” ujarnya. Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 3, dan Raja Urayyan, 1 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.