Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid meluahkan rasa tidak puas hati apabila landskap rumahnya bertukar menjadi buruk kerana tiada lagi tanaman seperti sebelumnya. Menerusi perkongsian di Threads, Shahida menjelaskan perkara itu terjadi kerana suaminya telah menjual pokok yang terdapat di sekeliling rumah di media sosial setelah mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan.
“Tengok apa dah jadi dengan rumah saya, nampak dah gondol pokok-pokok yang ada di sini dikerjakan dek Aliff Syukri. Sampai licin rumah saya, ni semua sebab korang (warganet) yang membeli, memang betul-betul punca nak kena semua ni,” kata Shahida, semalam. Ibu kepada enam orang cahaya mata itu juga dilihat mendapatkan Aliff meminta penjelasan atas tindakan tersebut namun terpaksa akur setelah mendengar jawapan daripada suaminya.
“Masalahnya kita dah dapat duit kan, dah kaya dah. Biarlah buruk rumah kita, asalkan dah banyak duit,” jawab Aliff. Meninjau ke ruangan komen, warganet terhibur melihat gelagat pasangan itu dan sempat menanyakan sekiranya terdapat barangan lain yang mahu dijual oleh usahawan berkenaan. Malah ada juga yang memuji cara usahawan itu bijak meniaga dan tidak melepaskan peluang dalam melihat sesuatu yang berpotensi mampu menjana pendapatan.



Terdahulu, Aliff sekali lagi menjadi penyumbang zakat tertinggi kepada Lembaga Zakat Selangor menerusi syarikatnya, D’herbs Holdings Sdn Bhd dengan nilai sebanyak RM2 juta. Beliau juga turut meluahkan rasa syukur kerana sekali lagi muncul sebagai pembayar zakat perniagaan tertinggi buat negeri Selangor.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.