Pelakon Uqasha Senrose mendakwa dirinya diabaikan daripada segi nafkah sepanjang tempoh perkahwinan dengan suami, Kamal Adli. Ketika ditemui, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, mendakwa Kamal gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. “Saya tahu macam mana culasnya dia tentang nafkah. Dia tak bagi saya nafkah. Itu saya tak sentuh lagi. Kau orang kata kononnya dia kerja. Warganet kata kerja nak cari nafkah untuk kau. Tak! Saya kerja cari duit saya sendiri.”
Uqasha memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas laporan JKP di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis. Ujar Uqasha lagi, dia terpaksa bekerja demi menyara keluarga termasuk menguruskan dan menyediakan keperluan untuk anak mereka, Hawra Uqaira. “Saya besarkan Uqaira, saya beli baju Uqaira sampailah Uqaira besar sampai sekarang. Pampers, susu, semua saya! Walaupun sewa rumah, saya yang beli semua benda tu.”
Sementara itu, Uqasha menafikan kenyataan Kamal di dalam mahkamah yang mendakwa dirinya mempunyai masalah mental. “Kalau saya tak waras, saya tak jaga anak saya seorang-seorang. Kenapa saya susah nak bagi anak saya dekat dia pun, ada sebab dia.” Pada 1 Disember lalu, Uqasha memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.
Difahamkan, pasangan itu juga tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya. Pada 19 November lalu, kedua-dua pihak selesai melantik jawatankuasa pendamai masing-masing seperti diarahkan mahkamah. Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.