Hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh penyanyi Elyana di media sosial miliknya telah meruntun sebak warganet. Menerusi perkongsian di Instagram dan TikTok, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, dilihat sedang mencukur rambutnya dan dibantu oleh anak-anak. Dalam video yang sama, turut kelihatan gumpalan rambut di lantai tandas dan Elyana menulis ringkas bahawa ia merupakan hari ke-29 dia menjalani rawatan kimoterapi. Klik sini untuk lihat video.

Meskipun berdepan dengan ujian berat namun, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu tetap optimis untuk pulih demi anak-anaknya. “MasyaAllah…perjuanganku demi anak-anak. Saya perlu sembuh kerana saya mempunyai anak-anak yang tidak layak menerima versi diriku yang hancur. InsyaAllah, semoga video ini bermanfaat untuk mereka yang perlukan semangat.”
Menjengah ke ruangan komen, Elyana dihujani dengan kata-kata semangat dan doa oleh rakan-rakan seindustri serta warganet. Untuk info, kira-kira dua tahun lalu, Elyana berkongsi berita bahawa dia sudah disahkan bebas daripada penyakit itu. Sebelum itu, Elyana membuat pendedahan bahawa dia menghidap kanser limfoma tahap empat selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.