Terima mas kahwin sepohon emas, akhirnya Erra Fazira kini sah bergelar isteri kepada Mr E

Advertisements
Advertisements

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira sah bergelar isteri kepada usahawan Ezwan Zain dengan sekali lafaz pada Jumaat sekitar pukul 9.19 pagi. Majlis penyatuan pasangan ini berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor. Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin.

Pada majlis berkenaan, Erra atau Fazira Wan Chek, 51, menerima mas kahwin ‘sepohon’ bunga emas berjumlah 24 dinar. Kedua-dua pihak menyerahkan barang hantaran dalam sebuah talam berisi aksesori serta kelengkapan peribadi seperti beg tangan, wangian dan set barang kemas. Antara yang menarik perhatian adalah sebentuk cincin berlian bernilai RM80,000. Dengan bertemakan serba putih, Erra anggun mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini berwarna biru muda.

Kedua-dua mempelai masuk ke ruangan pernikahan diiringi anak gadis masing-masing hasil perkahwinan terdahulu. Majlis diadakan secara tertutup yang dihadiri kira-kira 300 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat serta jemputan media. Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Erra. Dia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun mereka sah berpisah pada 18 Februari 2014. 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun. Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun bercerai pada 2006. Sementara itu Ezwan atau Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44, dikurniakan seorang cahaya hasil perkahwinan terdahulu yang juga kini berusia 16 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.