Aliff Syukri buat hal lagi, Datin Shahida dedah kali ni dia jual pokok depan rumah pulak

Advertisements
Advertisements

Perkongsian isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencuri tumpuan ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Shahida merakam momen salah seorang pekerjanya sedang memotong keratan pokok-pokok yang ditanam di hadapan kediaman mereka. Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah reaksi Shahida apabila mengetahui keratan pokok-pokok itu sebenarnya mahu dijual oleh Aliff di media sosial. Klik sini untuk lihat video.

“Aku ni sebenarnya geram tau, pagi tadi habis pokok-pokok aku dijual Aliff Syukri. Pokok depan rumah aku yang patut dibuang pun dia jual. Aku tak tahu lah, kalau dah Aliff Syukri tu. Yang korang beli pokok ni kenapa? Aku tak nak buka nursery pulak eh. Habis semua dia jual. Jual pokok pula. Kau tengok dia punya kedekut meniaga tak ada modal, pokok aku dia jual.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri ini. 

Tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa Aliff seorang usahawan yang sangat kreatif dan bijak kerana mengambil setiap peluang dengan menjual apa sahaja yang mendatangkan keuntungan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.