Mengulas perkara itu, Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 23, mengakui Hazwani ada ciri-ciri wanita dicari dan tidak menolak sekiranya mereka berjodohan. “Sebelum ini banyak juga orang mahu lihat kami bersama tapi kami hanya rakan sekerja saja tidak lebih daripada itu, saya tidak salahkan peminat sebab mungkin mereka minat bila lihat gandingan kami sebelum ini menjadi.
Jodoh itu ketentuan Allah jadi siapa saya untuk menentukan jodoh dan siapa orang lain tentukan jodoh Hazwani? Boleh saja kalau kita nak doakan yang baik-baik sebab apa-apa pun tuhan yang tentukan. Secara jujurnya Hazwani memang ada ciri-ciri wanita idaman saya dan seorang yang sangat menepati kriteria untuk menjadi seorang isteri. Tetapi saya percaya ramai juga beranggapan begitu, sifat peribadinya sempurna dan saya suka akhlaknya,” katanya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.