Muat naik video dengan seorang lelaki, ini pula penjelasan dari Diana Danielle

Advertisements
Advertisements

“Nanti-nanti saya akan umumkan kalau sudah tiba waktu saya nak berkahwin. Setakat ini, apa yang saya kongsikan biarlah setakat itu sahaja,” katanya kepada mStar. Diana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat Signature yang berlangsung di Rumah Hope Children’s, Petaling Jaya, Selangor, pada petang Selasa.

Dalam pada itu, Diana menegaskan dia tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri hanya kerana persepsi dan tanggapan masyarakat terhadap kehidupan peribadinya. Malah, aktres itu mengakui kini berada pada fasa lebih matang dan meminta orang ramai mendoakan kebahagiaannya. “Saya pun dah besar, bukanlah anak remaja yang baru nak berkawan dan kenal hati budi.

Pada masa ini, saya rasa sangat gembira. Doakan semoga saya juga dapat mencari kebahagiaan saya pada masa depan nanti,” ujarnya. Ditanya mengenai tekanan daripada orang sekeliling berkaitan soal jodoh, Diana berkata perkara itu tidak pernah membebankan dirinya. “Saya tak pernah dapat tekanan bila orang tanya bila nak kahwin, sebaliknya saya selalu dengar orang cakap jangan kahwin.

Ramai berkata sebegitu. Bukan saya minta nasihat, tetapi itu yang saya dengar. Namun, perkara itu tidak penting pun,” katanya. Sebelum ini, timbul dakwaan Diana sedang hangat bercinta selepas dilihat keluar bersama seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah. Mereka dikatakan berjalan sambil berpegangan tangan dan masing-masing mengenakan pakaian sukan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

Difahamkan juga, lelaki berkulit sawo matang itu bukanlah individu daripada kalangan industri seni. Untuk rekod, Diana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Farid Kamil pada 3 November 2012. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. Pasangan itu kemudiannya berpisah pada 10 Ogos 2023 selepas berdepan masalah rumah tangga sebelum sepakat untuk rujuk dalam tempoh idah.

Namun, pada 24 Mac lalu, mereka sah bercerai buat kali kedua selepas Diana memfailkan cerai pada 4 November tahun lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.