Telan modal sampai RM 4 Juta, Khairul Aming dedah bakal buka restoran pertama lepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia digital

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh terkenal, Khairul Aming umum bakal buka restoran pertamanya selepas 10 tahun berkecimpung dalam dunia digital dan pembuatan konten di media sosial. Menerusi hantaran yang dikongsi di media sosial, Khairul Aming menyatakan pembukaan restoran tersebut menelan belanja RM 4 juta dan merupakan antara pelaburan terbesar yang dibuat dalam hidupnya. Klik sini untuk lihat video.

Jelasnya, restoran tersebut dibina di sebuah tanah kosong yang berdekatan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC). “Dengan menelan modal RM4 juta, kita bina bangunan dari lakaran di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kampung Baru, jarak 9 minit dari KLCC. Ini adalah pelaburan terbesar KA pernah buat untuk one single project,” tulisnya.

Jelasnya, selepas 10 tahun berada dalam dunia online, beliau sudah bersedia untuk melangkah ke dunia offline yang mana ia adalah permulaan untuk perancangannya di masa hadapan. “Selepas 10 tahun dalam dunia online, akhirnya saya bersedia untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sudah tidak sabar untuk datang dan menempah meja di restoran pempengaruh tersebut yang diberi nama Rembayung. Mereka juga akui berasa teruja dan bangga dengan kejayaan yang diraih oleh usahawan tersebut serta mendoakan agar urusannya dipermudah.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.