Dah tak bertegur sejak 3 hari lepas, Kakak Haqiem Stopa luah rasa kecewa bila dihalang untuk masuk campur isu rumahtangga

Advertisements
Advertisements

Kakak kepada pempengaruh dan ikon permotoran, Haqiem Stopa berkongsi beberapa tangkap layar (screenshot) perbualan ekoran campur tangan rumah tangga adiknya. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok Story, Haqeim atau nama penuhnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar dilihat memberi amaran kepada kakaknya agar tidak masuk campur ekoran rumah tangganya. Dakwa Haqiem, dia tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anak akibat daripada campur tangan kakaknya.

Bagaimanapun, kakak kepada pempengaruh berusia 25 tahun itu meluahkan rasa kecewa apabila dilarang untuk mempertahankan adiknya sendiri. “Ketar tangan aku nak balas tapi bila fikir bila dah gila, bazir air liur sahaja. Aku tak kisah pun nak jadi apa dengan kau, asalkan kau hidup bahagia. Aku cuma tak suka tengok kau sakit dan dengar orang lain jumpa kau di tepi jalan sambil membawa tin hanya disebabkan seorang perempuan.”

Sementara itu, kakak Haqiem memaklumkan mereka sudah tidak bertegur sejak tiga hari yang dipercayai bermula daripada teguran tersebut. “Aku dah tak bertegur dengan haqiem sejak 3 hari lepas. Tak kisah la jadi apa pun lepas ini, aku block saja, tak sakit kepala dengar macam-macam cerita pasal kau. Kau nak berbaik ke nak buat satu dunia kumpul dosa tak kisah. Jangan cari aku lagi, aku tak mahu ambil tahu langsung. Kau uruskan diri sendiri, jangan libatkan adik beradik. Anggap saja aku dah mati.”

Terdahulu, pemilik nama Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, tidak bersetuju untuk dengan tuntutan cerai yang difailkan oleh Aireena pada 4 November lalu. Sebelum ini, Aireena mendakwa suaminya itu berlaku curang beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka. Bagaimanapun, Haqiem enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut. Sekadar info, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.